Waspada Sindiket Penipuan Bayaran Tertunggak SST Yang Menggunakan Nama LHDNM

TULAR:
1396

Menurut kenyataan media Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM):

LHDNM telah mengesan sindiket penipuan yang bergerak aktif dengan mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melalui surat palsu yang menggunakan nama dan logo LHDNM bagi memperdayakan orang ramai.

Surat palsu tersebut mengandungi butiran peribadi mangsa termasuk maklumat perbankan dan amaun cukai tertunggak yang perlu dibayar serta turut dilengkapi dengan tandatangan palsu pegawai LHDNM. Mangsa bagaimanapun boleh mengenalpasti surat palsu ini dengan mudah kerana perihak SST adalah dikendalikan oleh agensi lain dan bukannya di bawah kendalian LHDNM.

LHDNM memandang serius terhadap perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dengan mendapatkan pengesahan daripada LHDNM terlebih dahulu. Sebarang bayaran cukai juga hendaklah dibuat terus ke akaun LHDNM dan bukannya melalui akaun peribadi individu mahupun pihak ketiga.

SUMBER:

Facebook Rasmi LHDNM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI