Penjelasan Berkenaan Mesej Kononnya Jangkitan COVID-19 Menular Di UTC Seremban

TULAR:
1533

Polis menafikan satu maklumat yang ditularkan melalui media sosial, kononnya terdapat penularan jangkitan pandemik COVID-19 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata sebaliknya, apa yang berlaku adalah seorang lelaki didapati telah ingkar perintah kuarantin yang sepatutnya dijalani di rumahnya selepas pulang dari luar negara.

“Kejadian semalam berlaku kira-kira pukul 3 petang, pihak Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan kompaun kepada lelaki berusia 23 tahun itu kerana ingkar perintah kuarantin di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Lelaki itu sepatutnya berada di rumah tetapi masih degil pergi ke UTC Seremban untuk memperbaharui pasport antarabangsa miliknya sekali gus telah melanggar perintah kuarantin ditetapkan. Tiada kes penularan COVID-19 di UTC Seremban seperti apa yang ditularkan semalam (11 Julai 2020).”

SUMBER:

Bernama

Facebook Rasmi IPD Seremban

Facebook Rasmi Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI