PENJELASAN:
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan memperjelaskan dakwaan bahawa kualiti air Sungai Teriang dan Sungai Kenaboi merosot akibat pencemaran dari sebuah kilang getah di Petaseh, Kuala Klawang.
Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Norhazni Mat Sari, penduduk tidak perlu risau dengan kualiti air Sungai Teriang dan Sungai Kenaboi yang dipercayai tercemar akibat sebuah kilang getah, kerana pemeriksaan pihaknya setakat ini mendapati kualiti air sungai di hilir kawasan kilang dalam keadaan baik dengan bacaan kelas dua.
“Pencemaran memang berlaku, tapi ia telah diuraikan dan warna air sungai itu tidak lagi berwarna hitam seperti yang dikongsi netizen di laman sosial.”
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tanggapan awal kerana siasatan dan pemantauan berterusan masih berjalan, dan tindakan tegas akan diambil jika ada bukti pelepasan bahan tercemar dari kilang terbabit.