Penerbangan MH8008 Kuala Lumpur – Jeddah Alami Masalah Teknikal?

TULAR:
568

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya penerbangan MH8008 dari Kuala Lumpur ke Jeddah mengalami masalah teknikal.

Sumber gambar : facebook

SEBENARNYA:

Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengesahkan penerbangan MH8008 dari Kuala Lumpur ke Jeddah tidak mengalami sebarang masalah teknikal dan berada dalam keadaan baik untuk terbang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan , syarikat itu memaklumkan pesawat jenis A380-800 yang digunakan untuk laluan itu berada dalam keadaan baik.

Sehubungan itu, kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook, mendakwa penerbangan MH8008 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah mengalami masalah teknikal adalah tidak benar.

SUMBER:

Berita Harian 

Facebook Malaysiaa Airlines


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI