Malaysia Undang Diplomat Israel Sempena Forum WUF9?

TULAR:
566

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa Malaysia telah mengundang diplomat Israel ke Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) yang telah berlangsung di Kuala Lumpur.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNY:

Kementerian Luar Negeri menafikan mengundang diplomat Israel ke WUF9 di Kuala Lumpur, sebaliknya penyertaan Israel berdasarkan jemputan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui agensinya iaitu Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) selaku penganjur program.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ianya selaras dengan ‘Host Country Agreement’ yang ditandatangani di antara organisasi itu dan Malaysia yang menyatakan, penyertaan dalam forum berkenaan dibuka kepada seluruh keanggotaan PBB dan mana-mana Agensi Khususnya (Specialized Agency).

Walaubagaimanapun, Anifah memaklumkan, pendirian Malaysia terhadap Israel tidak berubah dan sebarang penyataan sebaliknya berhubung perkara itu hanya sekadar berniat jahat dan berbahaya.

SUMBER:

Utusan Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI