Ketua Menteri Sarawak Syaratkan Petronas Perlu Dapatkan Lesen Cari Gali Di Sarawak ?

TULAR:
425

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya Ketua Menteri Sarawak telah mengeluarkan kata dua kepada Petronas untuk mendapatkan lesen cari gali bagi melakukan operasi cari gali dan perlombongan di Sarawak.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, beliau tidak pernah mengeluarkan kata dua kepada Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) supaya mendapatkan lesen cari gali di bawah Ordinan Perlombongan Sarawak 1958.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan menjelaskan, Petronas sepertimana syarikat lain mematuhi undang-undang negeri dalam cari gali dan perlombongan.

“Abang Johari sentiasa menekankan bahawa Sarawak akan bekerjasama dengan Petronas menerusi syarikat minyak baharu, Petros dalam industri minyak dan gas di Sarawak dalam lingkungan undang-undang serta perlembagaan.”

SUMBER:

Utusan Malaysia

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI