Pergelutan Penguatkuasa DBKL Dengan Peniaga Sewaan Basikal DI Taman Tasik Titiwangsa?

TULAR:
751

PENJELASAN :

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperjelaskan berkenaan insiden pergelutan diantara Penguatkuasa DBKL dan peniaga di Taman Tasik Titiwangsa sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Pihak DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menjalankan tindakan sitaan terhadap aktiviti penyewaan basikal secara haram di depan tapak bekas Eye on Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa.

Tindakan tersebut dibuat berdasarkan aduan orang ramai kerana aktiviti berbasikal yang menganggu laluan trek jogging di taman tersebut, di samping aktiviti penyewaan basikal yang dijalankan tanpa lesen DBKL. Pekerja-pekerja penyewaan basikal juga didapati tidur di kawasan taman sehingga menganggu pengunjung beriadah.

Ketika tindakan sitaan basikal tersebut sedang dibuat, terjadi pergelutan di antara penguatkuasa DBKL dan beberapa individu bersenjatakan objek-objek seperti playar muncung tirus, spanar, dan pemutar skru yang menyebabkan beberapa anggota penguatkuasaan DBKL turut mengalami kecederaan ringan.

Tindakan sitaan ini dijalankan oleh penguatkuasaan DBKL mengikut SOP yang telah ditetapkan. Satu laporan polis telahpun dibuat dan perkara ini sedang disiasat olah pihak polis.

SUMBER :

Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI