Hanya Graduan Kelas Pertama Tajaan JPA Ditawarkan Peluang Sebagai PTD?

TULAR:
483

PENJELASAN :

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memperjelaskan dakwaan bahawa hanya graduan kelas pertama tajaan JPA ditawarkan peluang sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam perkhidmatan awam.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut SPA, proses pengambilan PTD yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) masih lagi terbuka kepada semua graduan yang berkelayakan dan bukan hanya kepada calon yang mempunyai Ijazah Kelas Pertama sahaja.

Walaubagaimanapun, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melantik lebih ramai graduan cemerlang dengan menggalakkan mereka memohon jawatan dalam sektor awam.

Bagi pengambilan PTD yang sedang dilaksanakan sekarang, urusan ini akan berjalan seperti biasa

SUMBER :

Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI