Kempen Keselamatan Jalan Raya Yang Dianjurkan Setiap Tahun Gagal?

TULAR:
154

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan saban tahun telah gagal.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Pengangkutan menafikan kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan saban tahun gagal, sebaliknya ia mencatatkan kejayaan apabila jumlah kematian direkodkan menurun 412 kes pada tahun 2017.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, menurut rekod, 6,740 kes kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan sepanjang tahun lalu berbanding 7,152 pada tahun 2016.

“Jumlah kematian pada 2016 adalah 7,152 iaitu meningkat 419 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 6,706 kes. Jadi, penurunan jumlah kematian tahun lepas (412 kes) menunjukkan perkembangan yang baik.”

SUMBER:

Sinar Harian

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI