PENJELASAN:
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memperjelaskan dakwaan bahawa letusan Gunung Berapi Sinabung di Indonesia bakal menjejaskan kualiti udara di Malaysia.
Menurut Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, letusan Gunung Sinabung di Sumatera, Indonesia setakat ini tidak menjejaskan kualiti udara Malaysia.
Kementerian sentiasa memantau data kualiti udara melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak gunung itu meletus dan setakat ini, tahap kualiti udara berada pada julat dari baik ke sederhana pada kebanyakan masa.
“Oleh itu, tiada apa langsung yang boleh mengesahkan khabar angin dan dakwaan bahawa letusan berapi Gunung Sinabung menyebabkan kualiti udara di negara ini merosot.Tidak mungkin abu gunung berapi itu sampai ke negara ini kerana Malaysia masih mengalami monsun timur laut, dengan angin timur laut sentiasa bertiup ke arah Sumatera, sepertimana yang turut disahkan oleh data dari Jabatan Meteorologi Malaysia.”