Ambulans Dilarikan Dari Hospital Umum Sarawak?

TULAR:
1135

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa sebuah ambulans telah dilarikan dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

Sumber gambar: Facebook.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Abang Junaidi Abang Annuar mengesahkan pihaknya telah menahan  seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental yang melarikan sebuah ambulans dari HUS.

Katanya, sebelum itu, suspek dikatakan telah dimasukkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan di situ. “Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan sebuah ambulans milik pusat perubatan pakar swasta selepas petugas terbabit membawa pesakit masuk ke dalam HUS kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

“Namun, selepas sejam memburu suspek, pasukan polis kemudian menemui ambulans terbabit ditinggalkan di tepi Jalan Green berhampiran Wisma Saberkas di sini.”

Mengulas lanjut, Abang Junaidi memberitahu, suspek akhirnya ditahan di kawasan HUS selepas dipercayai berlari semula ke situ dari pusat membeli belah di mana ambulans ditinggalkan.

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

Utusan Malaysia

Kosmo Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI