Waspada Tawaran Pekerjaan Melalui Emel Dari Universiti Malaya

TULAR:
823

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berwaspada dengan pihak yang menawarkan pekerjaan menerusi emel menggunakan nama Universiti Malaya (UM).

Sumber gambar: Universiti Malaya.

Menurut UM, terdapat pihak yang menggunakan emel ‘Employment offer letter from University of Malaya, Malaysia’ yang seolah-olah ia ada kaitan dengan UM bagi merekrut ekspatriat atau warganegara asing dengan meminta bayaran pendahuluan kononnya bagi urusan permit kerja atau visa.

Universiti itu menegaskan, semua pengambilan dilakukan melalui saluran rasmi dan pihak universiti tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga atau ejen yang bertindak bagi pihaknya untuk sebarang urusan pengambilan.

Selain itu, menurutnya lagi, laman web rasmi universiti adalah http://um.edu.my dan komunikasi menerusi emel mengenai pengambilan pekerja dihantar menggunakan domain @um.edu.my dan sebarang format lain adalah palsu.

SUMBER:

Facebook Universiti Malaya

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI