6100 Orang Utan Dibunuh Di Sabah?

TULAR:
236

PALSU :

Tular di media sosial laporan bahawa sebanyak 6100 ekor Orang Utan dibunuh di Sabah.

Sumber gambar : Reuters

SEBENARNYA :

Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) menyangkal laporan media asing yang mendakwa bahawa 6,100 orang utan telah dibunuh di Sabah antara 1999 dan 2015.

Pengarah jabatan tersebut, Augustine Tuuga berkata, laporan itu tidak berasas kerana ia berdasarkan dapatan penyelidikan tanpa fakta dan bukti kukuh dikemukakan oleh tiga saintis yang berpangkalan di Sabah.

Beliau berkata, penemuan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal PLOS pada 2004 menganggarkan bahawa populasi orang utan di Sabah ialah 11,000 dan bahawa pada masa kajian dijalankan, 60 peratus daripada populasi orang utan di Sabah dipercayai tinggal di luar kawasan-kawasan yang dilindungi.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI