Polis Subang Jaya Terlibat Aktiviti Tarik Kenderaan Yang Dijalankan Oleh Institusi Kewangan?

TULAR:
593
Sumber

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa pihak Polis Subang Jaya terlibat dalam aktiviti penarikkan kenderaan yang dijalankan oleh institusi kewangan di sekitar daerah Subang Jaya.

Gambar hiasan. Sumber: Facebook PDRM

SEBENARNYA:

Pihak Polis Subang Jaya tidak pernah terlibat secara langsung dan berkrompomi dengan mana-mana aktiviti penarikkan kenderaan yang dijalankan oleh institusi kewangan.

Kebanyakan laporan Polis yang dibuat oleh ejen – ejen penarik kenderaan (EPS) yang dilantik oleh pihak institusi kewangan hanya selepas proses penarikkan kenderaan dijalankan. Laporan Polis yang dibuat oleh ejen penarik kereta adalah bagi menyatakan kesahihan bahawa tindakan yang diambil oleh ejen-ejen yang dilantik oleh Institusi kewangan adalah mengikut prosedur perundangan.

SUMBER:

Facebook Polis Daerah Subang Jaya

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI