Kemalangan Di Terowong Menora Lebuhraya Utara Selatan?

TULAR:
1796

PENJELASAN :

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PLUS Malaysia memperjelaskan laporan bahawa terdapat kemalangan yang berlaku di Terowong Menora, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook.

Jurucakap PLUS berkata, satu kemalangan yang membabitkan dua kereta di Terowong Menora PLUS, arah utara menyebabkan kedua-dua lorong di lokasi kejadian terpaksa ditutup sementara pada pagi 19 Februari 2018 .

Bagaimanapun, katanya, kerja pengalihan dan pembersihan selesai dilakukan dan kedua-dua lorong dibuka semula kepada pengguna lebuh raya pada jam 12 tengah hari .

SUMBER:

Berita Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI