PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa pasaraya Giant menjual kuih raya yang diimport dari China .
Sumber gambar: Facebook
SEBENARNYA :
GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.
Pengurus Kanan hubungan kerajaan GCH, Mohd Shahrizal Ayub berkata, dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar. “Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China. Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahin lalu.”