Kapal Perang Malaysia Ceroboh Perairan Indonesia?

TULAR:
284

PALSU :

Tersebar luas di media sosial dakwaan bahawa terdapat laporan akhbar daripada Indonesia yang kononnya kapal perang Malaysia sering memasuki perairan Amabalat, Indonesia.

Di dalam laporan tersebut juga  Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral Meoldoko dipetik mengingatkan tentera Malaysia agar tidak lagi memasuki perairan Indonesia.

Sumber gambar: Laporan media Indonesia


SEBENARNYA :

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia setakat ini tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sering memasuki kawasan perairan Ambalat sejak kebelakangan ini.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, berkata jika benar perkara itu berlaku, kebiasaannya pihak kedutaan akan dimaklumkan mengenainya.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI