Kuih Raya Di Giant Dibuat Di China Dan Tidak Dijamin Halal?

TULAR:
713

 PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa pasaraya Giant menjual kuih raya yang diimport dari China .

Sumber gambar: Facebook


SEBENARNYA :

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.

Pengurus Kanan hubungan kerajaan  GCH, Mohd Shahrizal Ayub berkata, dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar. “Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China. Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahin lalu.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI