Penglibatan Orang Dalam Berhubung Kes Rompakan MT Orkim Harmony ?

TULAR:
614

PALSU : 

Tular di media sosial dakwaan bahawa kononnya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengeluarkan kenyataan wujudnya pembabitan orang dalam berhubung kes rompakan MT Orkim Harmony.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

APMM menafikan mengeluarkan kenyataan wujudnya pembabitan orang dalam berhubung kes rompakan MT Orkim Harmony.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, APMM sedang menjalankan siasatan kes tersebut, maka pihak mereka mengambil maklum mengenai perkara berkenaan.

 

SUMBER:

Berita Harian

Harian Metro

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI