Gempa Bumi Susulan Bakal Berlaku Di Kuala Lumpur Dan Bukit Tinggi?

TULAR:
333

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa gempa bumi susulan bakal melanda kawasan Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi berikutan kejadian gempa bumi di Sabah.

Sumber : Facebook.

SEBENARNYA :

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa gempa bumi susulan akan berlaku di kawasan Bukit Tinggi, Pahang dan Kuala Lumpur berikutan kejadian gempa bumi di Sabah.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menjangkakan sebarang gempa di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh terdekat, kecuali berlaku gempa bermagnitud kuat di Sumatera, Indonesia. 

SUMBER :

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI