WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan lambakan barangan kosmetik yang mengandungi bahan yang memberikan kesan sampingan yang merbahaya.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati dan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik ini kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di atas.
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
SUMBER: