Penipuan Macau Scam Di Pahang Makin Parah?

TULAR:
980

WASPADA:

Orang ramai khususnya warga Pahang dinasihatkan agar berhati-hati dengan kes penipuan atas talian Macau Scam yang meningkat sebanyak 650 peratus.

Gambar hiasan. Sumber: irs.com

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang mencurigakan supaya menyiasat terlebih dahulu mengenai sebarang dakwaan serta tawaran yang dibuat dengan pihak yang bertanggungjawab bagi mengelak sebarang kerugian

Beliau berkata walaupun kes penipuan  itu dilaporkan oleh media hampir setiap hari, masyarakat seolah-olah tidak sedar apabila pihaknya terus menerima laporan dari semua daerah kecuali Lipis.

Kes ‘Macau Scam’ di Pahang mengakibatkan kerugian kira-kira RM2.7 juta tahun lepas, meningkat lebih 650 peratus berbanding 2016 yang merekodkan kerugian sekitar RM360,000

“Macau Scam ini menggunakan modus operandi yang sama iaitu memperdaya mangsa melalui panggilan telefon dengan memaklumkan mangsa mendapat cabutan bertuah, mendakwa mangsa mempunyai hutang tertunggak dengan bank atau kesalahan lain sehingga mangsa menjadi panik.”

SUMBER:

Bernama

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI