Laporan Bertarikh 8 April 2020 Kononnya Solat Jumaat Tetap Diteruskan Adalah Laporan Berita Bertarikh 12 Mac 2020

TULAR:
1024

SEBENARNYA:

Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) tidak pernah mengeluarkan kenyataan “COVID-19: Solat Jumaat tetap diteruskan” dengan tarikh 8 April 2020. Kenyataan sebenar adalah pada 12 Mac 2020. Sinar Harian tidak terlibat dalam kenyataan seperti yang tertera dengan tarikh 8 April 2020.

Sebarang kenyataan yang tidak ditemui di media sosial rasmi YB Menteri seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan Telegram Messenger, maka ia adalah tidak benar.

SUMBER:

Facebook Rasmi Menteri JPM (Hal Ehwal Agama)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI