BIPS Terengganu Tidak Pernah Merampas Kain Hitam Penutup Hidung Dan Mulut Milik Persendirian Petugas SJR

TULAR:
869

Menurut Polis Terengganu, tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali dan ia hanyalah tohmahan liar terhadap BIPS Terengganu.

Pucuk Pimpinan Polis Terengganu tidak pernah bertindak atau mengarahkan tindakan sedemikian rupa, malah amat menitikberatkan kebajikan semua petugas di barisan hadapan, termasuk petugas SJR, Snap Check, MPV, URB, Pasukan Pemeriksa, penjaga barrier dan lain-lain, baik dari segi kebajikan kelengkapan, keselamatan dan kebersihan, termasuk makan dan minum.

Tambahan pula, baru-baru ini telah disediakan pula khemah untuk keselesaan petugas SJR berehat, solat dan sebagainya.

Pemantauan memang diadakan di semua SJR dan tugas barisan hadapan, namun ianya bukan untuk mencari apa jua kesalahan, tetapi lebih kepada mencari kekurangan yang ada bagi tujuan penambahbaikan. Tidak timbul isu pucuk pimpinan Polis Terengganu tidak menjaga kebajikan petugas di barisan hadapan atau menzalimi mereka.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Terengganu


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI