Dakwaan Kawasan Indera Mahkota 2 Akan Dikenakan PKPD Mulai 10 April 2020 Adalah Palsu

TULAR:
3222

SEBENARNYA:

Dakwaan yang tular dalam kumpulan aplikasi WhatsApp bahawa kawasan Indera Mahkota 2 di sini akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali yang menafikan berita itu berkata setakat ini tiada arahan berhubung PKPD dikeluarkan untuk kawasan berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai mesej yang dibuat individu tidak bertanggungjawab atau menyebarkannya kerana dibimbangi boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.”

SUMBER:

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI