PALSU :
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononya letusan gunung berapi Sinabung di Indonesia membawa virus flu ke negara ini.
SEBENARNYA :
Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dakwaan bahawa abu gunung berapi menyebabkan tersebarnya flu di sini adalah berniat jahat dan tidak berasas sama sekali.
Katanya, tidak mungkin abu gunung berapi itu sampai ke negara ini kerana Malaysia masih mengalami monsun timur laut, dengan angin timur laut sentiasa bertiup ke arah Sumatra, disahkan oleh data dari Jabatan Meteorologi Malaysia. Selain itu, tambahnya, Kementerian Kesihatan turut mengesahkan bahawa flu berkenaan berpunca daripada virus influenza dan virus itu tidak boleh bertahan dalam lahar dan abu yang panas.
“Keadaan cuaca tidak menentu di Malaysia sekarang menyebabkan ramai rakyat negara kita jatuh sakit dan keadaan ini wujud sebelum gunung berapi itu meletus lagi.”