PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) sasaran kutipan sebanyak RM6 juta bagi setiap pegawai auditnya.
SEBENARNYA :
LHDNM menafikan menetapkan sasaran KPI kutipan cukai berjumlah RM6 juta bagi setiap pegawai auditnya. Lembaga itu berkata sasaran kutipan tahunannya ditetapkan oleh kerajaan dan dimaklumkan kepada umum semasa pembentangan bajet tahunan negara oleh Menteri Kewangan.
Menurut LHDNM, inisiatif dan strategi LHDNM bagi mencapai sasaran tersebut telah dirancang seawal November 2016 dan dilaksanakan mulai Januari 2017.
Adalah dimaklumkan juga bahawa inisiatif, strategi, sasaran dan pencapaian ini dipantau oleh Kementerian Kewangan dan Anggota LHDNM, di mana ahli Anggota LHDNM terdiri daripada wakil sektor awam dan swasta.