Penjawat Awam Lapor Rasuah Diberi Insentif Wang?

TULAR:
746

PENJELASAN :

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperjelaskan laporan bahawa penjawat awam bakal mendapat ganjaran wang sekiranya melaporkan kes rasuah kepada SPRM sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar hiasan. Sumber: nst.com.my

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi berkata penjawat awam yang melaporkan kes rasuah kepada SPRM akan menerima pengiktirafan berbentuk insentif wang yang sama dengan nilai rasuah yang ditawarkan. Ganjaran itu akan diberikan dengan syarat sekiranya kes itu disiasat dan tertuduh didakwa serta disabit kesalahan.

Sazali berkata ganjaran itu bagi menggalakkan penjawat awam melaporkan kegiatan rasuah sekali gus mampu menghapuskan rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara.

SUMBER :

Bernama

Kosmo

Utusan Borneo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI