Pemilik Resort Simpan Penyu Albino Dan Beratus Anak Penyu di Terengganu?

TULAR:
1284

PENJELASAN :

Jabatan Perikanan Terengganu (DOF) memperjelaskan dakwaan bahawa seorang pemilik resort di sebuah pulau di negeri itu menyimpan seekor penyu Albino dan beratus anak penyu baru menetas dalam sebuah kolam di resort berkenaan, sepertimana rakaman yang tular di media sosial.

Sumber gambar: nst.com.my

Menurut pengarah DOF, Zawawi Ali berkata siasatan jabatan yang dijalankan ke atas resort berkenaan tidak menemui penyu Albino terbabit sebaliknya hanya terdapat kira-kira 300 anak penyu di dalam kolam itu.

Pemeriksaan mendapati pemilik premis itu pernah mempunyai lesen sah untuk mengeram telur penyu, bagaimanapun ia tamat sejak 2006 dan tidak diperbaharui hingga kini.

SUMBER :

Berita Harian

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI