PALSU:
Tersebar luas dalam media sosial kononnya bahawa lima murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Seremban telah dijangkiti H1N1.
SEBENARNYA:
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) menafikan penularan jangkitan penyakit H1N1 di sebuah sekolah.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Zainudin Mohd Ali berkata, sebaliknya lima pelajar yang dikatakan menghidap penyakit itu hanya menghidap jangkitan Influenza A.
SUMBER: