PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa limpahan air akan sampai ke Tanah Merah ekoran dari Empangan Projas yang pecah.
SEBENARNYA:
Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan kenyataan dari pihaknya bahawa limpahan air akan sampai ke Tanah Merah dari Empangan projas seperti yang viral di media sosial.
TNB tidak mempunyai empangan projas dan orang ramai dinasihatkan supaya memastikan kesahihan berita sebelum berkongsi di media sosial.