Premis Makanan Bunga Lawang Di KLIA Berstatus Tidak Halal?

TULAR:
2515

PENJELASAN:

Bahagian Hab Halal JAKIM memperjelaskan dakwaan bahawa premis makanan Bunga Lawang yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berstatus tidak halal.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM:

Untuk makluman, berdasarkan semakan yang dibuat, premis makanan tersebut belum memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPH). Justeru, usaha murni pihak syarikat untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar kekeliruan status halalnya dapat diatasi amat dialu-alukan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI