Tiga Kes Kematian Akibat Jangkitan H1NI Di Sarawak?

TULAR:
488

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku tiga kes kematian akibat jangkitan Influenza H1N1 di Hospital Umum Sarawak.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Kesihatan Sarawak menafikan tiga kes kematian di Hospital Umum Sarawak baru-baru ini adalah akibat jangkitan Influenza H1N1 seperti yang ditularkan menerusi media sosial.

Menurut Pengarahnya, Dr Jamilah Hashim, hasil siasatan mendapati ketiga-tiga kes kematian mempunyai sampel klinikal positif untuk Influenza A, namun jangkitan bagi ketiga-tiganya tiada kaitan antara satu sama lain.

Berdasarkan ujian lanjut virus influenza pula, katanya kes pertama adalah negatif untuk H1N1, manakala dua lagi masih belum diperolehi keputusannya.

Beliau berkata, “Namun demikian, ketiga-tiga kes tersebut tergolong dalam kalangan individu berisiko tinggi. Siasatan juga mendapati tiada jangkitan kes baharu atau kluster yang dilaporkan susulan daripada setiap kes tersebut.”

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI