Waspada Panggilan Palsu Daripada EAIC

TULAR:
851

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan  panggilan telefon, e-mel atau apa-apa aplikasi atau medium sosial yang mendakwa sebagai pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan meminta sejumlah bayaran wang tunai bertujuan untuk penyelesaian hutang bank.

Sumber gambar: Facebook

Orang awam yang menerima panggilan meragukan dinasihatkan agar berhati-hati dan mendapatkan pengesahan daripada EAIC menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.eaic.gov.my.

SUMBER:

Laman Rasmi EAIC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI