PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat kenyataan daripada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berhubung kesesakan lebuhraya di Shah Alam.
SEBENARNYA:
LLM menafikan sekeras-kerasnya kenyataan palsu yang telah tular di media sosial dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
LLM tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan dimaklumkan juga tiada pegawai yang bernama Mohd Faisal Yunus berkhidmat di LLM.
SUMBER:
Facebook Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM)