Kerajaan Bakal Tutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yang Kurang Murid?

TULAR:
1331

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Bagan Datuk, Perak yang akan ditutup kerajaan ikutan kekurangan pelajar.

Sumber gambar: Twitter

SEBENARNYA:

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada SJKC yang akan ditutup walaupun terdapat masalah kekurangan pelajar.

“Boleh pegang janji saya bahawa tidak akan ada SJKC yang akan ditutup walaupun satu oleh kerajaan Malaysia.”

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut memaklumkan daripada 1,298 sekolah, hanya 454 mengalami masalah kekurangan murid kerana memiliki jumlah murid kurang daripada 150 orang. “Tetapi kerajaan tidak tutup sekolah ini, malah terus beri bantuan, bayar gaji guru dan mengiktiraf lembaga pengelola sekolah di setiap SJKC yang kekurangan murid.”

 SUMBER:

Bernama

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI