Luwak White Koffie Menggunakan Emulsifier E471 Daripada Lemak Babi?

TULAR:
4959

PENJELASAN :

Bahagian Hab Halal JAKIM memperjelaskan dakwaan bahawa produk minuman Luwak White Koffie mengandungi unsur khinzir (Emulsifier E471), sepertimana yang telah menular di media sosial.

Sumber gambar : faktapedia.net

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM, kod E merupakan standard kod antarabangsa bagi pengkelasan kepada Bahan Aditif Makanan. Tidak semua Kod E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan dari sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan.

Contoh Kod E yang paling kerap ditanya oleh orang ramai adalah E471 sebagaimana yang ditularkan. Ia adalah sejenis pengemulsi. Sumbernya adalah dari lemak sintetik yang terhasil dari gliserol dan asid lemak semulajadi terutamanya dalam tumbuhan (contohnya minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan.

Untuk makluman, Isu Kod E 471 dalam produk minuman Luwak White Koffie pernah dijelaskan oleh pihak Majelis Ulama Indonesia (MUI) di bit.ly/HalalMUI

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI