Selsema Burung Di Kelantan, Masih Selamat Makan Ayam ?

TULAR:
659

PENJELASAN :

Jabatan Kesihatan Kelantan, memperjelaskan laporan Virus H5N1 yang menyerang unggas dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Kuala Lumpur Post

 

 

Penduduk di negeri Kelantan tidak perlu bimbang untuk membeli ayam daging di pasaran kerana ia selamat untuk dimakan walaupun kini berlaku wabak selesema burung (H5N1).

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata , penyakit selesema burung hanya membabitkan ayam kampung di negeri Kelantan.

“Setakat ini, wabak ini tidak melibatkan jangkitan pada manusia. Jangkitan virus ini jarang berlaku dan sukar berjangkit daripada seorang manusia kepada manusia lain,” kata beliau.

SUMBER : 

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI