PENJELASAN :
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya telah menaikkan cukai taksiran bagi tanah dan bangunan di bandar raya itu, sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim, kadar cukai taksiran masih menggunakan kadar yang sama sejak tahun 1982.
Katanya, “Kita masih menggunakan kadar cukai lama. Mungkin ada pihak terkeliru dengan kadar cukai bagi tanah kosong dan tanah yang telah didirikan bangunan.
“Bagi tanah kosong kadar cukainya adalah lebih rendah berbanding tanah kosong yang telah didirikan bangunan. Jika sebelumnya mereka membayar RM100 tetapi setelah didirikan bangunan kadarnya mungkin naik sehingga RM200,” ujar beliau.
SUMBER :