MARA Bakal Bawa Pulang Pelajar-Pelajar Di Jepun Akibat Gempa Bumi?

TULAR:
649

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerima arahan daripada Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membawa pulang kesemua pelajar tajaannya di Jepun ekoran gempa bumi di negara berkenaan.

Gambar hiasan. Sumber : Blog Suka Jepang.

SEBENARNYA :

MARA menjelaskan  bahawa ia tidak menerima sebarang arahan daripada Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membawa pulang 207 pelajar tajaannya di Jepun ekoran gempa bumi di negara itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, semua pelajar tajaan MARA di Jepun itu dilaporkan dalam keadaan selamat dan pihaknya sentiasa memantau perkembangan terkini.

SUMBER :

Utusan Malaysia 

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI