Makluman: Gangguan Perkhidmatan Tren Ets Dan Ktm Komuter Laluan Batu Caves – Pulau Sebang Akibat Alat Talian Atas Terputus

TULAR:
4

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) :

KTMB ingin memaklumkan bahawa telah berlaku gangguan perkhidmatan tren susulan kejadian alat talian atas (ATA) terputus di KM 434.423 antara Stesen Batang Benar – Labu dan menjejaskan operasi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter laluan Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves.

Berikutan insiden tersebut, beberapa pelarasan operasi telah dilaksanakan seperti berikut:

PERKHIDMATAN ETS

i. EP9532 (JB Sentral – KL Sentral)

Tren akan tamat di Stesen Seremban dan akan menaiki bas ke KL Sentral dan stesen perantara.

ii. EP9537 (KL Sentral – JB Sentral)

Penumpang akan dibawa dengan bas dari KL Sentral dan stesen perantara untuk ke Stesen Gadut dan seterusnya menyambung perjalanan dengan tren ETS untuk ke destinasi.

iii. EP9579 (KL Sentral – JB Sentral)

Penumpang akan dibawa dengan bas dari KL Sentral dan stesen perantara untuk ke Stesen Gadut dan seterusnya menyambung perjalanan dengan tren ETS untuk ke destinasi.

PERKHIDMATAN KTM KOMUTER

Bagi perkhidmatan KTM Komuter laluan Batu Caves Pulau Sebang Batu Caves, operasi tren yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Tren Komuter No. 2047 (Batu Caves – Pulau Sebang)

Penumpang akan dibawa dengan bas dari Stesen Batang Benar ke Stesen. Seremban.

ii. Tren Komuter No. 2049 (Batu Caves – Pulau Sebang)

Perkhidmatan tren ini ditamatkan di Stesen Batang Benar dan penumpang akan diaturkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas.

iii. Tren Komuter No. 2051 (Batu Caves – Pulau Sebang)

Tren ini akan ditamatkan di Stesen Labu dan penumpang akan diaturkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas

iv. Tren Komuter No. 2055 (Batu Caves – Pulau Sebang)

Tren ini akan ditamatkan di Stesen Bangi dan penumpang akan diaturkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas.

Sehubungan itu, perkhidmatan ETS dan KTM Komuter dari arah Pulau Sebang ke KL Sentral akan ditamatkan di Stesen Seremban, manakala perkhidmatan tren dari KL Sentral ke arah Pulau Sebang akan ditamatkan di Stesen Bangi sehingga dimaklumkan kelak.

Bagi penumpang ETS yang terkesan dan tidak ingin meneruskan perjalanan, mereka boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh di kaunter tiket.

Pasukan teknikal kini sedang giat menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan pemulihan di lokasi kejadian bagi membolehkan perkhidmatan tren kembali beroperasi seperti biasa dalam kadar segera.

Para penumpang dinasihatkan untuk merancang perjalanan masing-masing serta mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi KTMB termasuk media sosial rasmi KTMB dan daripada kakitangan stesen yang bertugas.

KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama para penumpang sepanjang tempoh gangguan ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi KTMB

Instagram Rasmi KTMB

X Rasmi KTMB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI