Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 16 Oktober hingga 22 Oktober 2025

TULAR:
37

Menurut kenyataan Media Kementerian Kewangan (MOF):

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism , harga runcit produk petroleum bagi tempoh 16 Oktober 2025 hingga 22 Oktober 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:
(i) harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.18 seliter,
(ii) harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada paras RM2.60 seliter;
(iii) harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada paras RM1.99 seliter,
(iv) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.93 seliter; dan
(v) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

SUMBER:
Facebook Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI