Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 6 Mac Hingga 12 Mac 2025

TULAR:
82

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF):

Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 5 sen kepada RM3.38 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen kepada RM3.13 seliter bagi tempoh 6 Mac 2025 hingga 12 Mac 2025.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 6 Mac 2025 hingga 12 Mac 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:

i. Harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.38 seliter.
ii. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.
iii. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.13 seliter.
iv. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

X Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI