Kerajaan Arab Saudi Mewajibkan Pengambilan Vaksin COVID-19 Kepada Bakal Jemaah Haji Berumur 65 Tahun Ke Atas Yang Menghidapi Penyakit Kronik

TULAR:
992

Menurut Tabung Haji (TH):

TH akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebaran maklumat melalui WhatsApp mengenai bahaya pengambilan vaksin bagi bakal jemaah haji. Hantaran tersebut adalah tidak bertanggungjawab.

Pengambilan vaksin COVID-19 bagi bakal jemaah haji berumur 65 tahun ke atas yang mempunyai penyakit kronik atau sistem imun rendah adalah diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1446H/2025M.

Bakal jemaah berdepan risiko untuk tidak dapat menunaikan haji sekiranya tidak mematuhi peraturan ini yang bertujuan menjaga kesihatan dan keselamatan jemaah haji.

SUMBER:
Facebook Rasmi TH
Instagram Rasmi TH
X Rasmi TH


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI