Waspada Luruan Angin Timuran Dijangka Memasuki Rantau Negara Pada 7 Hingga 11 Mac 2025

TULAR:
211

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan angin timuran dijangka memasuki rantau negara pada 7 hingga 11 Mac 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sabah dan Sarawak serta timur dan utara Semenanjung dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak berkuat kuasa pada 7 hingga 8 Mac 2025.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berkuat kuasa pada 8 hingga 11 Mac 2025 bagi perairan Laut China Selatan.

SUMBER:
Facebook Rasmi MET

Instagram Rasmi MET

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI