
Menurut kenyataan media Majlis Keselamatan Negara (MKN):
MKN telah menerima pemakluman berhubung ancaman keselamatan terhadap fasiliti-fasiliti Liquefied Natural Gas (LNG) di dalam negara, khususnya di Bintulu, Sarawak.
Kerajaan Malaysia melalui MKN mengarahkan agar semua fasiliti LNG yang beroperasi di sekitar Bintulu, Sarawak memperketatkan kawalan keselamatan dengan serta-merta buat sementara waktu. Ini adalah untuk membolehkan pihak keselamatan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab melaksanakan siasatan segera terhadap ancaman tersebut.






