
Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT):
JSPT akan melaksanakan lencongan jalan dan penyuraian trafik sempena penganjuran sidang kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober 2025 di Kuala Lumpur.
Aktiviti raptai (dry run) pergerakan motoked melibatkan lencongan laluan daripada lapangan terbang ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur, Seri Negara Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) akan bermula pada 17 hingga 24 Oktober 2025 yang akan melibatkan kekuatan JSPT seramai 1,111 petugas pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis.
Penugasan penuh akan bermula dari 26 hingga 28 Oktober 2025 dan JSPT akan melaksanakan lencongan jalan serta penyuraian trafik yang melibatkan enam (6) lebuhraya dan dua puluh lima (25) jalan utama di sekitar Lembah Klang.
Perincian sepertimana di lampiran:-









