Makluman: Operasi Penerbangan Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Tidak Terjejas Susulan Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights

TULAR:
46

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud:

Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, kekal berjalan seperti biasa setakat ini walaupun berlaku kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada 1 April 2025 jam 8:10 pagi.

Walau bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyelaras semula landasan pelepasan dan pendaratan pesawat, yang jaraknya dengan lokasi kejadian lebih kurang sejauh enam kilometer. Pendaratan pesawat diarahkan menggunakan Landasan 15, manakala untuk pelepasan pesawat pula akan menggunakan Landasan 33. Hal ini bermakna penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah serta pendaratan pesawat akan menghala ke/dari arah utara.

Beliau juga berkata keadaan di lokasi kejadian pada ketika ini dilaporkan berada dalam keadaan terkawal dan pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memantau situasi berkenaan.

SUMBER:

BERNAMA

Astro Awani

Malaysia Kini

Free Malaysia Today


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI