Makluman: Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari KKM

TULAR:
163

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Mangsa insiden kebakaran melibatkan saluran paip gas di Putra Heights, Puchong, Selangor telah dilaporkan berlaku pada 1 April 2025, jam 8:10 pagi telah menerima rawatan yang sewajarnya dari KKM. Lapan (8) pasukan perubatan daripada pelbagai hospital di Lembah Klang telah diaktifkan oleh Pusat Koordinasi Kecemasan Perubatan (MECC) Putrajaya untuk memberikan respon di tempat kejadian.

Dua (2) daripada pasukan tersebut diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan (level 1 responder) yang terdiri daripada 5 kakitangan daripada Hospital Ampang dan Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang. Manakala empat (4) pasukan lagi diketuai oleh Pegawai Perubatan (level 2) daripada Hospital Putrajaya; Hospital Cyberjaya; Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN), Kajang; Hospital Shah Alam; Hospital Banting; dan Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Pasukan berkenaan ditempatkan di tiga (3) lokasi pusat pengumpulan mangsa bersama-sama dengan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

SUMBER :
Facebook Rasmi KKM

Instagram Rasmi KKM

X Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI