Makluman: Operasi Tren Kembali Normal Susulan Kerja Baik Pulih Sistem Elektrifikasi

TULAR:
3

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) :

KTMB mengesahkan bahawa kerja-kerja baik pulih sistem elektrifikasi susulan kejadian alat talian atas terputus di KM 434.423 antara Stesen Batang Benar Labu semalam telah berjaya diselesaikan sepenuhnya pada jam 3.56 pagi hari ini.

Susulan penyiapan kerja-kerja tersebut, operasi perkhidmatan tren elektrik (ETS) serta perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan terlibat kini telah kembali beroperasi seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.

Sepanjang tempoh gangguan, KTMB telah mengambil langkah proaktif dan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan serta kebajikan penumpang sentiasa terpelihara, termasuk mengurus pergerakan penumpang yang terkandas dengan menyediakan bas pengantara serta bantuan kakitangan di lapangan. Kesemua penumpang ETS serta perkhidmatan KTM Komuter yang terjejas telah selamat tiba ke destinasi masing-masing.

KTMB komited untuk memastikan gangguan dapat ditangani dengan segera melalui tindakan pemulihan yang pantas serta pemantauan operasi secara berterusan bagi meminimumkan kesan kepada pengguna perkhidmatan.

KTMB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penumpang atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan operasi, serta memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi KTMB dari semasa ke semasa. Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.

SUMBER:

Facebook Rasmi KTMB

Instagram Rasmi KTMB

X Rasmi KTMB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI